16 Juli 2009

FAKTA-FAKTA & KHASIAT JUS KURMA FORMULA GENIUS

Berikut ini disenaraikan kebaikan & khasiat kandungan dalam Jus Kurma Formula Genius.

FAKTA DAN KHASIAT KURMA

1. Membantu Meningkatkan Tahap IQ


“Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.”

Prof Madya Asiah Zain - Pensyarah Sains Pemakanan, UPM (BERITA HARIAN, 20 Feb 2001)


2.Membantu Untuk Mengurangkan Masalah Kesihatan

“Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.”

Prof Madya Asiah Zain - Pensyarah Sains Pemakanan, UPM (BERITA HARIAN, 20 Feb 2001)


3. Membantu Untuk Membentuk Peribadi Yang Mulia

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya” - Hadis Riwayat Imam Al Bukhari


4. Amat Sesuai Untuk Amalan Bagi Ibu-Ibu Yang Sedang Mengandung

“Buah kurma juga mampu memanaskan badan, merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.”

Prof Madya Asiah Zain - Pensyarah Sains Pemakanan, UPM (BERITA HARIAN, 20 Feb 2001)


5. Sebagai Amalan Makanan Harian

“Corak pemakanan saya amat ringkas. Saya tidak banyak makan gula, mahupun karbohidrat dan makanan berlemak. Bagi saya, empat butir kurma, jambu air atau jika tidak ada musim jambu, saya memilih epal untuk sarapan pagi. Itulah sarapan pagi saya selama berpuluh tahun.”

Prof Diraja Ungku Azizi Abdul Hamid (BERITA HARIAN, 26 Jan 2003)


6. Menenangkan Perasaan

Melalui perintah Allah s.w.t. kepada Saidatina Maryam a.s. "dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".
Al-Quran (19) Surah Maryam (Ayat 26)

"Amalan Rasulullah s.a.w. memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi Karbohidrat Tinggi, di samping Asid Amino, antaranya Triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan" - Dr. Suriya Osman


FAKTA DAN KHASIAT HABBATUS SAUDA



Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” - Hadis Riwayat Imam Al Bukhari

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda. Ia mempunyai rasa ‘punget bitter’.

Lebih dikenali sebagai Jintan Hitam / Habbatus Sauda, telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu di Timur Tengah sebagai penawar bagi membekalkan nutrisi kepada sistem pertahanan tubuh. Secara semulajadinya, ia bertindak di atas prinsip membantu tubuh di dalam proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap fizikal, mental, emosi bahkan spiritual. Kombinasi nilai nutrisi dan perubatan Jintan Hitam / Habbatus Sauda bukan sahaja membantu melegakan kesakitan dengan segera, bahkan turut meningkatkan keupayaan tubuh bagi melawan sebarang serangan penyakit atau jangkitan.

Rahsia Jintan Hitam / Habbatus Sauda terkandung di dalam sifat-sifat penyembuh utamanya lebih menarik dibentangkan melalui hasil kajian dan penemuan terkini. Ia bukan sahaja memiliki nilai nutrisi bahkan juga menguatkan sistem imun, anti-alahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan selain daripada merangsang antibiotik semulajadi. Jintan Hitam / Habbatus Sauda boleh juga diambil sebagai penawar kepada batuk, asma, diabetes, cirit-birit, sakit telinga, kesakitan mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, hipertensi, insomnia, kesakitan otot, rasa loya dan muntah, alahan kulit / eczema, sakit gigi, membantu mengatasi masalah rahim, kanser dan tumor.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hey Visitor Where Do You Come From ?


Apa Yang Ingin Anda Cari ???